
Pn. Puteri Heslinda
Aqeefsha Creative
Pemilik Nasi Lemak Awo & Sambal Puteri. Seorang suri rumah yang berani mencabar diri, beliau kini menjadikan minatnya dalam masakan Melayu sebagai sumber pendapatan. Antara produk utama beliau ialah:
🥵Sambal Puteri Menangis (best seller!)
🌶Sambal Belado Ijo
🍯Sambal Puteri Manja

Pn. Arba’atun @ CheTun
Dapur CheTun
Seorang ibu tunggal yang cekal, beliau menjadikan minatnya dalam masakan tradisional Melayu sebagai sumber rezeki. Antara produk utama beliau ialah:
🥟Karipap Frozen (legendary!)
🔥Pes Asam Pedas
🍴Mini Katering
📍Lokasi: Lot 1189-D, Lorong Hj Md Yusof, Kg Rinching Hilir, 43500 Semenyih, Selangor

Pn. Rosmawati
Rasa Dessert
Seorang isteri dan ibu kepada empat orang anak, beliau menjadikan minatnya terhadap kek, pastri dan makanan viral sebagai sumber pendapatan. Antara produk utama yang ditawarkan ialah:
🍰Cheesecake
🍮Tiramisu
🍫Moist Chocolate Cake
🥭Durian Crepe & pelbagai jenis Cheese Leleh
📍Lokasi: Rasa Dessert, Shop No 1, Masjid Ashabus Solihin, Taman Rakan, 43000 Kajang

Pn. Siti Fatimah
DapoQhaseh
Seorang ibu tunggal kepada tiga cahaya mata serta pejuang kanser ovari yang tabah. Dengan semangat yang tidak pernah luntur, beliau kini mengusahakan Dapo Qhaseh, sebuah perniagaan makanan dari rumah yang menawarkan:
🍴Mini Katering
🍛Set Nasi Hujan Panas
🥩Rendang Dendeng & Pekasam daging
🍬Kuih-muih tradisional & kuih frozen

Pn. Fadhilah
Spao BakeryCatering
Mempunyai minat mendalam dalam seni memasak. Dengan semangat “BUAT SAMPAI JADI”, beliau tampil sebagai seorang usahawan cekal. Walaupun pernah melalui kegagalan, Pn. Fadhilah terus bangkit dan kini menjadikan kemahiran memasak sebagai sumber rezeki, dengan produk utama beliau ialah:
🥮Kuih Pau Kukus Gebu (signature!)
🍽Tapau Set (hujung minggu sahaja)
🍰Kek Buah Kukus (musim perayaan)
📍 Lokasi: G-1-23, Pangsapuri Nuri, Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota, Kajang
