MULAkan Langkah, Bina Masa Depan

Sebuah projek pelajar MBA UKM GSB yang bertujuan untuk menyediakan sumber dan sokongan kepada sekumpulan usahawan asnaf terpilih dalam memajukan perusahaan mikro mereka. Kami berhasrat untuk membantu usahawan asnaf menjadi barisan individu yang berdaya saing, berkeupayaan dalam kewangan dan memiliki perusahaan yang berjaya.

70% peniagaan yang dibimbing mentor kekal selepas lima tahun berbanding hanya 35% untuk perniagaan yang tidak dibimbing mentor.”

Steve Mayne

Entrepreneur.com – Five Reasons Why Structured Mentoring Can Accelerate Startup Growth

Pendekatan Projek MULA

Projek MULA memberikan usahawan asnaf sesi kursus intensif merangkumi topik-topik keusahawanan terpilih, bimbingan individu oleh usahawan yang berjaya, dan alat sokongan digital untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengurus perniagaan mereka yang sedia ada. Memulakan perniagaan itu merupakan satu langkah besar, begitu juga memajukannya.

Tiga Sesi Latihan Intensif

  • Bengkel 1: Pengenalan Kepada Perniagaan & Keusahawanan
  • Bengkel 2: Kemahiran Digital & Pemasaran
  • Bengkel 3: Literasi Pengurusan Kewangan

Bimbingan Langsung Daripada
Barisan Mentor Berpengalaman

  • Bimbingan secara “one-on-one” dengan peserta asnaf
  • Kaedah “matching” yang membantu mengembangkan perusahaan mikro mereka

Alat Sokongan Keusahawanan

  • Latihan dan bimbingan pemasaran dan pengurusan perniagaan digital
  • Sumbangan tablet untuk peserta asnaf memulakan langkah digital mereka
  • Sumbangan modal untuk peserta mengembangkan perniagaan mereka

SDG Yang Dicapai

SDG 1:
Tiada Kemiskinan

SDG 2: Kelaparan Sifar

SDG 4: Kualiti Pendidikan

SDG 8: Pekerjaan Yang Sesuai dan Pertumbuhan Ekonomi

SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamaan

SDG 17: Kerjasama Demi Matlamat

Projek MULA di media sosial

Jom bersama kami dalam perjalanan memartabatkan usahawan mikro asnaf dengan mengikuti akaun media sosial rasmi kami di Instagram! Ikuti perkembangan terkini, kisah inspirasi, dan peluang untuk anda turut serta dalam memberi impak positif kepada komuniti.

Instagram @mulaminds